Cara mencegah Kudis

  1. Utamakan kebersihan diri. Mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih.
  2. Barang keperluan seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain.
  3. Basuh atau jemur pakaian, cadar, dan sarung di bawah cahaya matahari.
  4. Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik.
  5. Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah.
  6. Tutup kudis dengan kain kapas dan plaster.
  7. Elakkan kudis daripada bersentuh dengan orang lain.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya

  1. Kudis tidak sembuh selepas tiga atau empat hari.
  2. Jangkitan kulit yang lebih teruk dan merebak ke bahagian lain.